fb fb fb fb fb

'Kerajaan mampu tangani isu kenaikan harga barang,' - Asmaiza Ahmad

(FOTO BERNAMA)

KANGAR, 9 Julai- Kenaikan harga barang kebelakangan ini memberi impak yang besar kepada masyarakat terutamanya kepada masyarakat luar bandar dan miskin.

Bagaimanapun, kerajaan dilihat sentiasa membantu menyelesaikan isu berkenaan sekaligus meringankan beban rakyat.

Menurut Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asmaiza Ahmad, kenaikan harga barang ternyata memberi impak kepada penduduk negeri itu terutama bagi masyarakat luar bandar.

Namun, beliau percaya kerajaan khususnya pemerintah tidak akan berdiam diri sebaliknya sentiasa mencari solusi membantu menyelesaikan masalah itu.

(Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asmaiza Ahmad)

"Kerajaan persekutuan telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini begitu juga di pihak kementerian,

"Saya berpandangan perkara ini diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk mencari solusi, jika tidak sudah pasti akan membebankan rakyat," katanya kepada media ketika ditemui dalam satu majlis di Kangar.

Malah katanya, kenaikan harga barang dilihat naik mendadak berikutan kenaikan harga global selain harga barang mentah turut meningkat.

Media Baharu