fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah mahu kerajaan negeri wujudkan siren amaran awal banjir

(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Zaheeda Mohammad Arif
sedang mendengar taklimat daripada petugas keselamatan)

BALING, 9 Julai- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Zaheeda Mohammad Arif berkenan berangkat ke lokasi kejadian banjir di Kampung Iboi, Baling.

Baginda berdua diberikan taklimat mengenai bencana yang berlaku Isnin lalu.

Tengku Sarafuddin Badlishah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang membantu operasi dan menyelamatkan penduduk.

Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian itu, dan mahu kerajaan negeri mengenal pasti kawasan berisiko termasuk memasang siren amaran awal sebagai langkah berjaga-jaga.

(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan
Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Zaheeda Mohammad Arif)

"Saya mengharapkan penduduk yang terjejas dapat bersabar menunggu bantuan dan mendengar nasihat daripada kerajan negeri demi keselamatan semua,

"Saya berharap agar penduduk yang tinggal di kawasan yang berbahaya untuk segera berpindah ke kawasan lebih selamat," titah baginda ketika berkenan berangkat meninjau jambatan Bailey yang siap dipasang hasil kerjasama ATM dan JKR.

Penduduk terjejas turut menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai.

Media Baharu