fb fb fb fb fb

Usahawan terjejas banjir bakal terima Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM3,000 - Noh Omar

(Tan Sri Noh Omar ditemu bual media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Bencana
Parlimen Tanjong Karang)

KUALA SELANGOR, 9 Julai - Semua usahawan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang terjejas akibat banjir di Baling, Kedah akan menerima bantuan khas RM3,000.

Menterinya,Tan Sri Noh Omar berkata Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) itu dijangka akan diserahkan secara tunai pada Khamis depan.

Tambahnya lagi,Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini sedang giat mengenal pasti jumlah usahawan yang terjejas akibat banjir tersebut.

(Tan Sri Noh Omar menyampaikan Bantuan Ihsan Bencana kepada penduduk terjejas akibat ribut)

"Kalau usahawan kecil hanya dapat RM3,000, kalau IKS kita bagi pinjaman RM100,000 tanpa 'interest' (faedah) bayaran balik tahun hadapan," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Bencana Parlimen Tanjong Karang, di sini hari ini.

Seramai 224 penerima yang merupakan penduduk terjejas ribut di kawasan itu menerima bantuan wang ihsan melibatkan peruntukan RM420,000 pada Mei lepas.

Manakala tiga individu menerima bantuan bina baharu rumah asnaf zakat Bank Rakyat bernilai RM195,000.

Media Baharu