fb fb fb fb fb

Warga kota kembali, bertimbang rasa untuk elak kesesakan teruk

KUALA LUMPUR, 5 Mei- Warga kota mula kembali pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Justeru, aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dijangka kembali dipenuhi susulan pertambahan kenderaan.

Timbalan Pengarah jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik Bukit Aman, ACP Mohd Radi Abd Rahman berkata, bagi mengelak kesesakan teruk orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bertimbang rasa dan patuh peraturan jalan raya.

"PDRM mengesa dan merayu kepada kesemua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung yang akan balik ke rumah masing-masing supaya meningkatkan nilai murni semasa di jalan raya, bertimbang rasa kepada pengguna jalan raya misalnya kenderaan yang besar supaya bertimbang rasa kepada pengguna yang kenderaan kecil, seperti yang menaiki basikal, motosikal dan pejalan kaki. Jadi nilai murni bertimbang rasa ini akan dapat membantu kita menyuraikan kesesakan," katanya.


(Timbalan Pengarah jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik Bukit Aman, ACP Mohd Radi Abd Rahman)

Beliau juga memberi jaminan, keanggotaan mencukupi diletakkan bagi memastikan kelancaran trafik.

ACP Mohd Radi ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam sebuah program bual bicara di Angkasapuri.

Media Baharu