fb fb fb fb fb

Kes HFMD cecah 99,601, lima negeri catat jumlah tertinggi - KKM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Mei – Sebanyak 99,601 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan setakat Minggu Epidemiologi ke-17 tahun ini, meningkat 266 peratus berbanding 27,236 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan, peningkatan ketara itu menunjukkan lonjakan jangkitan HFMD di seluruh negara, dengan lima negeri merekodkan jumlah tertinggi.

Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 27,118, diikuti Johor (9,864), Perak (9,347), Kelantan (7,147), serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (6,850).

Sebanyak 2,649 wabak HFMD telah dikesan, membabitkan lokasi seperti taska (578), tadika (480), dan tabika (292), menunjukkan penularan aktif dalam kalangan kanak-kanak.

Hasil pemeriksaan ke atas lebih 38,000 premis, 1,140 diarahkan tutup mengikut Akta 342, manakala 430 premis ditutup secara sukarela bagi membendung penularan.

KKM turut mengesahkan tiada kematian akibat HFMD dilaporkan setakat ini, namun langkah pencegahan terus diperkukuh termasuk penganjuran lebih 200 sesi townhall dan taklimat melibatkan ibu bapa serta pengusaha pusat jagaan kanak-kanak.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD