fb fb fb fb fb

Remaja 17 tahun maut motosikal rempuh bas

Remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah bas

GEORGE TOWN, 13 November - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah bas di jejambat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad, berkata kejadian berlaku sekitar 11.00 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Gat Lebuh Macallum menuju ke kediamannya di Summer Place, Persiaran Karpal Singh.

"Mangsa dipercayai mengubah laluan secara tiba-tiba sebelum melanggar bahagian sisi sebuah bas yang sedang bergerak di lorong kiri.

"Hasil siasatan awal mendapati impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bedah siasat di Hospital Pulau Pinang kemudian mengesahkan punca kematian akibat kecederaan serius pada kepala dan leher yang konsisten dengan impak kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GRACE AISYAH KEDAYAN