fb fb fb fb fb

Anggota tentera maut dalam nahas jalan raya

SUNGAI PETANI, 5 Mei- Seorang anggota tentera tidak sempat menimang bayinya yang dirawat di unit rawatan rapi Neonatal selepas dia maut dalam nahas jalan raya.

Kemalangan berlaku di Sungai Petani, Kedah ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari hospital.

Nahas berlaku di kilometer 46 Jalan Alor Setar- Butterworth malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, A-C-P Zaidy Che Hassan, mangsa, Koperal Muhammad Izzat Jefree dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggang.


(Ketua Polis Daerah Kuala Muda, A-C-P Zaidy Che Hassan)

Akibatnya kenderaan terbabit terlanggar sebuah kereta.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim iaitu lokasi sama anaknya dirawat untuk bedah siasat.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Perak

Allahyarham bertugas di Markas Tentera Darat Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Beliau pulang ke kampung bagi menyambut kelahiran anak lelakinya pada 2 Syawal lalu.


(Foto perkahwinan Allahyarham Koperal Muhammad Izzat Jefree bersama isteri, Shuhada Shafie)

Media Baharu