fb fb fb fb fb

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok

Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN, 12 Mei - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi keluarga kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas di muara Sungai Balok, di sini.

Keberangkatan baginda ke kediaman mangsa, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, 7, di Sungai Ular diiringi oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua amat bersimpati atas kejadian tersebut dan berharap agar ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah menghadapi ujian kehilangan itu.

Insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 5 petang, Sabtu lalu, ketika Masitah Latipah Adam, 42, membawa anak-anaknya beriadah sambil mencari kepah di muara sungai berkenaan.

Mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, dilaporkan hilang sebelum ditemukan lemas beberapa jam kemudian oleh pasukan penyelamat.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD