fb fb fb fb fb

Operasi trafik: majoriti saman dikeluar atas kesalahan potong barisan

JOHOR BAHRU, 5 Mei- Sebanyak 122 saman dikeluarkan polis Johor semalam berkaitan perlanggaran peraturan trafik dengan 95 daripadanya adalah berkaitan kesalahan potong barisan.

Ia dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang memotong barisan, di Jalan Bakar Batu - Jalan Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor.

Saman dikeluarkan menerusi sekatan jalan raya Op Utama Potong Barisan yang dijalankan bermula 4:30 hingga 6:45 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, dua saman turut dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.


(Op Utama Potong Barisan di Jalan Bakar Batu - Jalan Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor semalam)

Selain itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Seramai 136 individu dan 117 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut yang dijalankan di lokasi yang dilaporkan kerap berlaku kesalahan potong barisan ketika menunggu aliran trafik bergerak.

Tindakan diambil mengikut Kaedah 17 Kaedah - Kaedah Lalu Lintas 1959, serta Kaedah Enam (1) LNN / 59.

Media Baharu