BATU PAHAT, 12 Mei - Seorang warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Muar - Batu Bahat, Johor, semalam.
Mangsa, Hamzah Buang, 61 tahun, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Polis Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, motosikal mangsa dilaporkan bertembung dengan sebuah SUV dari arah bertentangan.
Pemandu SUV berusia 46 tahun selamat dan hanya cedera ringan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti rakaman kejadian, diminta tampil membantu siasatan.