BALING, 12 Mei - Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang khuatiri lemas ketika mandi di sungai Felda Teloi Kanan petang semalam, ditemukan pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Mayat mangsa, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian petang semalam, mangsa dikatakan mandi bersama beberapa rakannya di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
sebelum lemas dan tenggelam ke dalam sungai.
Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh anggota dan anjing pengesan dari unit K-9, bot, dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)
Selain dibantu pihak polis, Angkatan pertahanan awam Malaysia, dan penduduk kampung.