fb fb fb fb fb

Warga KKD terjejas banjir terima kunjungan Fahmi Fadzil

BACHOK, 13 Januari- Seramai 50 warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Kelantan yang terjejas akibat banjir Disember lalu, terima kunjungan menterinya Fahmi Fadzil.

Lawatan melibatkan warga kerja daripada Jabatan Penyiaran Kelantan, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Bernama dan ahli media yang bernaung bawah Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI).

Mereka menyifatkan lawatan itu sebagai tanda prihatin dan sokongan moral kepada mereka terkesan banjir.

Pegawai Penerangan Pasir Puteh Rosli Muhammad berkata, "saya sangat terharu begitu juga dengan penduduk Kampung Alor Bakat, yang menerima kunjungan Menteri KKD bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.

"Kita pun bersama-sama meraikan kehadiran Menteri KKD," katanya di sini.

Terdahulu, Fahmi turut meninjau Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bendang Pak Yong, Tumpat yang turut terkesan banjir baru-baru ini.

(Rosli Muhammad)

Media Baharu