fb fb fb fb fb

Platform media sosial perlu tingkat perlindungan pengguna

KUALA TERENGGANU, 13 Januari- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memaklumkan kepada semua penyedia media sosial agar memadam dan menurunkan video tular di bilik persalinan pakaian di sebuah butik pakaian menggunakan kamera tersembunyi.

Susulan penularan video itu, Timbalan KKD Teo Nie Ching berkata, pihaknya meminta penyedia platform memastikan bahan terbabit dipadamkan atau menutup akaun yang terlibat dengan segera.

Malah sebarang laporan dibuat pula adalah bawah bidang kuasa pihak polis untuk membuat siasatan, dan pihaknya bersedia membantu menerusi Cybersecurity-CSM.

"Semalam kami di kementerian mengadakan mesyuarat dengan meta dan TikTok. Antara agenda yang dibincangkan ialah meningkatkan perlindungan untuk semua pengguna media sosial.

"Jadi untuk KKD kami akan minta platform media sosial untuk memastikan perkara sebegini akan diambil tindakan pantas, seperti menutup akaun tersebut serta-merta," katanya kepada pemberita selepas mengedar tanglung kepada masyarakat Tionghoa bersempena kedatangan Perayaan Tahun Baharu Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Penyebaran beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka di ibu negara itu mula tular di media
sosial sejak dua hari lepas.

(Teo Nie Ching)

Media Baharu