fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: 91 orang masih berlindung di satu PPS

IPOH, 13 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak masih kekal 91 orang daripada 24 keluarga sehingga pukul 2 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di daerah Kampar.

(Foto fail)

PPS Sekolah Kebangsaan Sahom beroperasi menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Sahom, Kampar.

Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias di daerah itu naik mendadak.

Media Baharu