fb fb fb fb fb

K-KOMM anjur program Brisk Walk, tanda sokongan Hari Belia Negara 2022

(Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek ditemu bual Berita RTM selepas 
program Brisk Walk)

PUTRAJAYA, 14 Julai - Seramai 100 warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menjayakan program Hari Belia Negara 2022 dengan mengadakan program Brisk Walk.

Jelas Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, program tersebut sebagai menyokong usaha menjayakan Hari Belia berkenaan.

"Bagi menyahut juga menyokong aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk menyahut konsep Keluarga Malaysia itu sendiri, jadi kita Keluarga K-KOMM memang sentiasa menyokong apa juga aktiviti walau pun di bawah kementerian lain tapi kita sentiasa menyokong program-program kita sambut bersama, jadi itu sebagai 'reciprocal' (timbal balik) sebab bila kita anjurkan program, kita perlukan sokongan dari agensi yang lain untuk bersama menjayakan program itu," kata beliau ketika ditemui selepas penganjuran program tersebut, di sini.

Program itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.


(Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mohammad Mentek bersama warga K-KOMM berjalan 
di sekitar Kompleks K-KOMM, Putrajaya sempena program Brisk Walk) 

Peserta berjalan sejauh 2.5 kilometer di sekitar Kompleks K-KOMM di Putrajaya bermula pukul 6.00 petang.

Menerusi program tersebut warga K-KOMM dapat beriadah secara santai selepas bekerja selain berinteraksi antara satu sama lain.

Sambutan Hari Belia Negara 2022 akan diadakan di Tuaran, Sabah pada 15 hingga 17 Julai ini.

Media Baharu