fb fb fb fb fb

712,435 pendatang haram mendaftar di bawah Program Rekalibrasi

PUTRAJAYA, 13 Julai - Seramai 712,435 pendatang tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Angka itu direkodkan bagi tempoh sejak ia dilaksanakan pada November 2020 hingga 30 Jun lepas.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, seramai 293,907 orang telah mendaftar untuk Program Rekalibrasi Pulang, manakala 418,528 mendaftar bagi Program Reka-librasi Tenaga Kerja.


(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Daripada jumah yang kita sebut tadi ada juga apabila dia daftar kemudian kita tengok tidak sesuai untuk kerja semula, kerana bila kita buat pengesahan mereka melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan langsung, hanya 3900 pati ini sahaja yang gagal. Maknanya gagal dalam verifikasi proses yang kita lakukan, maka ini juga kita masukkan sebagai rekalibrasi pulang," katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Putrajaya.

Pada majlis tersebut seramai 29 penerima menerima Taraf Warganegara Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa berusia 21 tahun ke bawah mengikut Perkara 15-A Perlembagaan Persekutuan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan penerima Taraf Kewarganegaraan Malaysia sejak Januari lalu adalah seramai 487 penerima selepas melalui proses yang lama dan berdasarkan bukti-bukti tertentu.

Mengulas lanjut mengenai keputusan terbaharu Indonesia untuk membekukan sementara kemasukan tenaga kerja negara itu ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Hamzah Zainudin menejelaskan Malaysia masih mempunyai 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing.

"Bangladesh merupakan antara negara nombor satu dalam pengambilan pekerja asing ini,"katanya.

Republik itu membeku penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam Memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan , kementeriannya mengambil serius dalam memastikan setiap tenaga kerja asing yang memasuki Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan.

Media Baharu