fb fb fb fb fb

Warga Jeli manfaatkan PJKM, ringankan beban rakyat berbelanja

JELI, 4 November- Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) terus dipergiat dalam meringankan beban rakyat serta membantu golongan berpendapatan rendah.

Kali ini, PJKM dilaksana di kawasan DUN Bukit Bunga.

Adun Bukit Bunga yang mewakili calon Barisan Nasional (BN), Datuk Adhan Kechik berkata programĀ ini juga mampu membantu orang ramai di daerah tersebut mendapatkan barangan asas dengan harga murah dan berpatutan.

"Saya rasa amat bersyukur, penduduk dalam kawasan ini khasnya dan kawasan Jeli dapat menerima menfaat daripada Program Jualan Keluarga Malaysia.

Program ini kalau ikut jumlah subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi menjalankan program ini ialah sejumlah RM25,000 satu DUN bagi satu bulan. Setakat hari ini, perkembangannya sangat menggalakkan. Hampir keseluruhan jumlah subsidi yang diperuntukkan itu digunakan oleh rakyat setempat," kata Adhan kepada RTM ketika hadir pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), di sini.


(Adun Bukit Bunga yang mewakili calon Barisan Nasional (BN), Datuk Adhan Kechik)

Antara barang keperluan yang boleh didapati antaranya ayam, ikan, hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan sayur-sayuran.

Media Baharu