fb fb fb fb fb

212 individu terima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak

Foto Fail

IPOH, 4 November - Seramai 212 individu bakal menerima pengurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-66 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Antara yang mendahului senarai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang dikurniakan Darjah Dato Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM), membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dikurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala seramai 15 orang dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima.

Menurut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata jumlah penerima adalah terhad dan hanya penerima memenuhi kriteria diperkenankan untuk dikurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak.

"Hanya mereka mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan untuk dikurniakan darjah kebesaran pingat pada tahun ini.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan diperkenankan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan," kata Dr. Mohd Zahidi kepada RTM dalam satu sidang media di Ipoh.


(Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata demikian
dalam sidang media di Ipoh)

Sambutan pada tahun ini akan dimulakan dengan majlis kesyukuran iaitu bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat yang akan diadakan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada waktu Solat Jumaat.

Media Baharu