fb fb fb fb fb

4,326 borang pencalonan PRU15 dijual setakat ini - SPR

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 4 November - Sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dijual setakat hari ini di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon bagi Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.

(FOTO HIASAN)

"Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73)," kata SPR menerusi kenyataan

Perlis yang hanya mempunyai tiga kawasan Parlimen menarik perhatian apabila mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen namun hanya 24 borang terjual setakat ini.

Selain itu, di ibu pejabat SPR turut mencatatkan jualan borang sebanyak 170 untuk calon Parlimen.

Di peringkat DUN, jualan borang terbanyak adalah di Perak iaitu sebanyak 654, Pahang (422) dan Perlis (153) manakala jualan borang calon DUN di ibu pejabat SPR pula adalah sebanyak 61.

Media Baharu