fb fb fb fb fb

Limpahan air Sungai Jelempok akibatkan 10 buah rumah tenggelam

ARAU, 4 November- Sebanyak 10 buah rumah di sekitar Kampung Jelempok, Arau ditenggelami banjir kilat berikutan limpahan air dari Sungai Jelempok sehingga pukul 2.00 petang tadi.

Limpahan air berkenaan berpunca dari aliran air dari Ulu Pauh yang memasuki Sungai Jelempok.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud memaklumkan, sehingga kini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka walaupun kediaman penduduk telah dimasuki air.

Pihaknya telah menggerakkan pegawai dan anggota bagi memantau lokasi terlibat sepanjang Sungai Jelempok bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan bersiap siaga untuk berpindah sekiranya perlu.

Bagi penduduk yang terjejas banjir, Mohd Syukri Saad dan Rogayah Ahmad, kawasan berkenaan sering dinaiki air setiap kali hujan lebat berikutan kediaman terletak di tebing Sungai Jelempok.

"Dalam tahun ini, banyak kali juga berlaku tidak silap saya tujuh sehingga lapan kali. Baru-baru ini, pada bulan Oktober berlaku sekali dan hari ini, pada bulan November terjadi lagi," kata Mohd Syukri kepada RTM.

"Kalau banjir, memang habislah rumah. Barang-barang saya dah siap angkat dan kemas apa yang patut sebab tahu kawasan ini memang selalu naik air," jelas Rogayah kepada media.


(Penduduk mula bimbang dengan situasi banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut)

Media Baharu