fb fb fb fb fb

Inspektor direman lima hari terima suapan RM10,000

BALIK PULAU, 4 November -Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari bermula hari ini selepas disyaki menerima dan meminta rasuah sebanyak RM10,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Tuan Mohamad Azlan Basri.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), IPD Barat Daya disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM10,000.00 sebagai balasan untuk dirinya bagi melepaskan dua orang individu yang telah ditangkap atas kesalahan menjual air ketum.

(Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009)

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu di Lot parking Jalan Sungai Tiram 2, Bayan Lepas, kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009.

Kes dikendalikan pegawai Pendakwa Raya, Fadzilah Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Fairuz Rahman.

Media Baharu