Warga emas maut, dipercayai ditembak menggunakan senapang patah

Warga emas maut, dipercayai ditembak menggunakan senapang patah

JULAU, 22 Februari – Seorang lelaki warga emas maut dipercayai ditembak suspek lelaki berusia 43 tahun dari rumah panjang yang sama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga emas Vincient Belingau, 69, maut ditembak pada bahu kanan selepas perselisihan faham di Rumah Panjang Minis.
  • Suspek lelaki, 43, ditahan sekitar 1.35 petang; kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi ketika mangsa pulang dari kebun sawit.
  • Polis merampas satu senapang patah SBBL 12-Bore, beberapa peluru hidup dan kelongsong; kes disiasat di bawah Seksyen 302.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah berkata, mangsa Vincient Belingau, 69 tahun, terkena tembakan pada bahu kanan.

Polis terima laporan pada pukul 12.20 tengah hari SELASA selepas dimaklumkan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Nanga Entaih.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.00 pagi di Rumah Panjang Minis, Sungai Minus Entabai, suspek dipercayai melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa, ketika mangsa pulang dari kebun sawit.

Suspek berjaya ditahan pihak polis kira-kira pukul 1.35 petang.

Turut dirampas sepucuk senapang patah jenis “SBBL 12-Bore Shotgun” bersama beberapa peluru hidup dan kelongsong peluru pelbagai jenama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.