fb fb fb fb fb

Warga emas maut dalam kebakaran dua rumah, tokong

IPOH, 5 September- Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah dan sebuah tokong di Bukit Merah, Menglembu, Ipoh.

Mayat Loo Kin Chan @ Loo Kok Chan, 78 tahun ditemukan terperangkap dalam rumah yang musnah terbakar kira-kira 80 peratus.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat kebakaran itu pada pukul 5.25 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, api sedang marak dan anggota segera melakukan kerja-kerja pemadaman.

Seorang lelaki warga emas terperangkap di dalam rumah berkenaan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


(Mangsa, Loo Kin Chan @ Loo Kok Chan, 78, dikatakan terperangkap dalam salah sebuah rumah
dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian/ Foto JBPM)

Media Baharu