SEGAMAT, 5 Ogos -Sepasang suami isteri maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta mewah yang dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 19 Jalan Utama Simpang Felda Pemanis, di sini, petang semalam.
Menurut laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Satu Abdul Rahim Taufik, mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Nur Syamimi Rosli, 36, dan Mohd Izuddin Harmaini, 51.
Kedua- dua mangsa ditemui berada di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pasukan keluaran operasi.