fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan kekal utuh, fokus ekonomi dan rakyat – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun hari ini/ Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 2 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya kekal utuh dan stabil, meskipun terdapat gesaan daripada pihak tertentu supaya gabungan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula.

Beliau berkata, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan telah menyatakan ikrar dan komitmen untuk mengetepikan perbezaan politik demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara serta membela nasib rakyat.

“Yang penting sekarang Kerajaan Perpaduan masih utuh dan semua telah memberikan ikrar mereka untuk menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi serta pembelaan nasib rakyat sehingga pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anwar menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat, bukannya terperangkap dalam polemik politik kepartian.

Menurut beliau, tumpuan kerajaan adalah melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, selaras dengan mandat yang diberikan.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI