Warga Emas hilang di kebun kelapa sawit ditemui selamat

Foto fail

PONTIAN, 28 Mei -Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sri Bunian, di sini, ditemui selamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenali sebagai Nathiah Selamat, 77 tahun.
  • Ditemui kira-kira pukul 10.50 pagi, sekitar 2.4 kilometer dari pos kawalan.
  • Dilaporkan hilang pada pukul 11.00 pagi Selasa lalu ketika dalam perjalanan pulang.
  • Operasi SAR melibatkan lapan anggota BBP Pontian, dua sektor pencarian dan anjing pengesan K9.

Mangsa, Nathiah Selamat, 77 dijumpai kira-kira pukul 10.50 pagi tadi, pada jarak kira-kira 2.4 kilometer dari pos kawalan lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat berkata, mangsa dilaporkan hilang pada 11.00 pagi Selasa lalu, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian ditugaskan bagi mengesan mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan dua sektor pencarian, dengan penglibatan anjing pengesan k9 Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Warga emas itu dihantar ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.