
JOHOR BAHRU, 28 Mei -Kelab Media Johor (KMJ) menerima seekor lembu sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.
- Daging korban diagihkan kepada 150 penerima termasuk ahli KMJ, penduduk Taman Sierra Perdana, Pasir Gudang dan golongan asnaf.
- Proses sembelihan dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Sementara Kampung Maju Jaya, Johor Bahru pada pukul 9 malam.
- Program dibantu kira-kira 60 hingga 70 sukarelawan dan 25 anggota HELWA, bertujuan menyatupadukan masyarakat melalui gotong-royong korban oleh 42 peserta.
Timbalan Presiden I KMJ, Taufik Salimin berkata, daging korban diagihkan kepada 150 penerima termasuk ahli KMJ, penduduk setempat di kawasan Taman Sierra Perdana, Pasir Gudang, Johor Bahru dan golongan asnaf.
Proses sembelihan dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Sementara di Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pukul 9.00, malam tadi.
“Alhamdulillah, ini merupakan satu kelainan bagi Kelab Media Johor kerana sebelum ini kita hanya mengadakan aktiviti untuk ahli Kelab Media Johor sahaja. Namun, pada kali ini kita berjaya mengadakan aktiviti yang dapat mendekatkan diri dengan masyarakat, mengeratkan silaturahim dengan penduduk sekitar serta jemaah surau,” katanya kepada pemberita, di sini.
Pengerusi Surau Raudhatul Jannah, Wan Nordin Wan Kassim berkata, kira-kira 60 hingga 70 orang sukarelawan turut membantu dalam program itu.
“Selain itu, HELWA (Hal Ehwal Wanita) juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga dengan penyertaan kira-kira 25 orang. Kita dibantu oleh kira-kira 60 hingga 70 orang sukarelawan. Begitu juga dengan HELWA (Hal Ehwal Wanita) yang turut membantu, iaitu lebih kurang 25 orang.
Jadi, sasaran kita adalah untuk menyatupadukan masyarakat melalui aktiviti gotong-royong pada hari ini dalam melaksanakan ibadah korban yang telah diamanahkan kepada kami oleh para peserta seramai 42 orang,” kata Pengerusi Surau Raudhatul Jannah, Wan Nordin Wan Kassim.
“Jadi, sebagai penerima dan juga ahli Kelab Media, saya daripada Utusan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah menyumbangkan seekor lembu yang besar untuk ibadah korban.
“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada semua penduduk yang menerima daging korban, serta kepada semua ahli Kelab Media Johor,” Timbalan Presiden II KMJ, Raja Jaafar Raja Ali.