KUCHING, 12 Julai- Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah kediaman di Nombor 134 Lorong Kempas 6A1 Kempas Heights Kuching.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.03 minit tengah hari tadi untuk membantu pihak polis dalam operasi.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya yang diketuai Komander Operasi Pandi Seh telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu pihak polis untuk membuka pagar dan pintu rumah menggunakan peralatan khas.
"Operasi menemukan mayat warga emas lelaki lingkungan usia 60 tahun yang dijangka telah meninggal dunia dalam tempoh seminggu," kata kenyataan itu.
Berdasarkan maklumat jiran, warga emas itu dilapor hanya tinggal berseorangan di rumah berkenaan.