fb fb fb fb fb

SST perlu fleksibel demi kesejahteraan rakyat

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan cadangan dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri dan Ahli Parlimen BN. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Pendekatan lebih fleksibel berkaitan cukai SST perlu dilaksana, khususnya bagi barangan makanan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, beliau telah menyuarakan cadangan dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri dan Ahli Parlimen BN malam tadi, agar buah oren, epal dan kurma dikecualikan cukai.

“Saya sendiri menyuarakan supaya SST terhadap oren dan apple dikecualikan kerana ini adalah makanan rakyat bawahan… dia diterima, ianya diterima dan diumumkan termasuklah kurma ya telah diumumkan. Saya fikir ini akan dapat memberikan kelegaan.” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang ke-37 hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa ambang nilai transaksi tahunan bagi SST telah dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Ia merupakan langkah yang memberi kelegaan kepada peniaga kecil tetapi menjejaskan hasil negara.

“Threshold dulu jika urus niaga transaksi perniagaan itu 500,000, ianya telah dinaikkan kepada satu juta… bila kenaikan itu dibuat, ertinya kita kekurangan pendapatan SST sebanyak RM1.8 bilion ringgit setahun.” ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin lebih banyak pertimbangan semula akan diumumkan dalam Belanjawan Oktober kelak demi kesejahteraan rakyat

TUN JULIA MOHD TAHIR