fb fb fb fb fb

PM hargai jentera jayakan Kepengerusian ASEAN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.

Beliau merakamkan penghargaan khusus kepada seluruh jentera kerajaan yang telah menjayakan ratusan mesyuarat dan sesi libat urus sepanjang tempoh penganjuran.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Puluhan ribu orang daripada sektor penerbangan, keselamatan, pengangkutan, sehingga urusan kastam, semuanya memainkan peranan penting.

"Ini menunjukkan bagaimana puluhan rakyat bekerja bertungkus lumus siang dan malam kerana cinta kepada negara," kata beliau pada sidang media penutup bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ