fb fb fb fb fb

Warga emas ditemukan mati dalam kereta

KOTA SAMARAHAN, 7 Disember- Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di dalam kenderaan jenis pacuan empat roda di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, di sini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, mangsa, Su Leh Ngii, 60 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.

"Sebuah jentera dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bersama sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 3.30 petang semalam," katanya.

Pihak bomba menggunakan peralatan dan perkakas khas untuk membuka tombol pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa.


(Pihak bomba menggunakan peralatan dan perkakas khas untuk
membuka tombol pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa)

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu