fb fb fb fb fb

Tambah bas perantara, usaha lancarkan operasi perkhidmatan aerotrain di KLIA

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Perkhidmatan bas perantara akan ditambah bagi mengatasi isu kelewatan disebabkan operasi terhad perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelas Menteri Pengangkutan menerusi hantaran di Facebook, pihak Malaysia Airports (MAHB) telah memutuskan untuk menaik taraf sistem dan membeli set aerotrain baharu.

Bagaimanapun ia dijangka beroperasi dalam tempoh 24 bulan.

Selain bas perantara, antara langkah mitigasi yang diambil adalah termasuk lebih banyak pesawat jenis 'wide body' seperti A350 dibenarkan meletak kenderaan di Terminal Utama tertakluk kepada kekosongan ruang letak pesawat.

Semua staf MAHB dan petugas lapangan terbang di terminal satelit hanya dibenarkan menggunakan bas perantara kecuali krew penerbangan.

Lebih ramai kakitangan juga akan ditempatkan di kawasan tumpuan bagi membantu pergerakan penumpang.

Buat masa ini, hanya satu sahaja aerotrain beroperasi menghubungkan bangunan terminal utama dan bangunan satelit berikutan satu lagi set berdepan masalah teknikal.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/Foto FB Menteri)

Media Baharu