fb fb fb fb fb

Batik Air tawar 35 penerbangan tambahan bersempena perayaan

(Anthony Loke menerima cenderamata daripada Datuk Chandran Rana Muthy selepas
melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air/BERNAMA)

SEPANG, 7 Januari- Batik Air menawarkan 35 penerbangan tambahan bersempena perayaan dengan kadar tetap ke Kuching dan Kota Kinabalu, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Selain itu, 42 penerbangan tambahan turut disediakan dari Subang Skypark ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi.

"Untuk Kuching, tambang ditetapkan pada RM299 dan untuk Kota Kinabalu RM399 untuk seluruh penerbangan tersebut. Ini untuk penerbagan tambahan. Saya ucapkan terima kasih kepada Batik Air kerana menyambut saranan kerajaan untuk menyokong agenda kita supaya kita bersama-sama dapat menangani isu kenaikan tambang tiket," kata Anthony ketika bercakap dalam sidang media di Majlis Pelancaran Destinasi Baharu Batik Air ke Tokyo, Sapporo dan Osaka serta Pelancaran Penerbangan Tambahan ke Sabah dan Sarawak bersempena Tahun Baharu Cina, di sini.

Dalam majlis sama, Batik Air turut melancarkan destinasi baharunya iaitu Tokyo, Sapporo dan Osaka berdasarkan permintaan yang tinggi dan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Pelancaran tiga destinasi ini akan mengukuhkan perdagangan dan pelancongan antara Malaysia dengan Jepun serta kepakaran dalam semua bidang.

(Anthony Loke bercakap kepada pemberita ketika sidang media selepas melancarkan penerbangan
tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun/BERNAMA)

Media Baharu