fb fb fb fb fb

Warga emas dan anak OKU maut terbakar

FOTO HIASAN

IPOH, 1 Januari - Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, Gerik, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa perempuan masing-masing berusia 76 tahun dan berusia 43 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan daripada pihak polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.38 pagi.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang telah musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi,"katanya menerusi kenyataan itu.

“Terdapat dua mangsa perempuan, anaknya berusia merupakan OKU penglihatan, didapati rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sayani berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis pukul 9.00 pagi untuk tindakan lanjut.

TETITIA YUSOFF