fb fb fb fb fb

Warga Australia maut ditembak di Bali

Polis sedang menjalankan siasatan kejadian tembakan di sebuah vila di Kabupaten Badung.

BALI, 15 Jun - Seorang lelaki warga Australia maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di Pulau Bali, Indonesia selepas tengah malam pada Sabtu.

Menurut polis, pihaknya kini sedang memburu dua individu dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah vila di Kabupaten Badung di sebelah selatan pulau pelancongan itu, " kata jurucakap, Ariasandy.

Mangsa hanya dikenali dengan sebagai Zivan R, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala Sanar G, 35, cedera parah dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital.

Ariasandy berkata saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Dua orang telah melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki dua motosikal. Kedua-duanya didengari berbahasa Inggeris dengan loghat Australia," tambah beliau.

NORAINI BINTI WAHIB