fb fb fb fb fb

2 maut van sarat muatan terbabas di KM16 Tatau-Bintulu

FOTO IPD TATAU

BINTULU, 15 Jun- Dua lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van sarat muatan barangan runcit yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Pan-Borneo Tatau-Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Jame Reis, berkata kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Tatau menuju ke Bintulu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 24 dan 18 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jeffery Jimbol di talian 086-584615.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE