fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 sertai Program 10,000 Langkah & Kayuhan Alam Sekitar

FOTO RTM

KUCHING, 15 Jun- Lebih 1,000 penduduk sekitar Kuching menyertai Program “10,000 Langkah Berinformasi” yang berlangsung meriah di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Antidadah 2025.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuh peranan komuniti dalam usaha pencegahan.

Serentak dengan itu, DBKU turut menganjurkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia menerusi program bertemakan “Kayuhan Alam Sekitar 2025”, yang mengangkat mesej kepentingan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Program kayuhan tersebut berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, keluarga, pencinta alam sekitar dan penunggang basikal profesional.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE