fb fb fb fb fb

Warden lelaki ditahan, atas kes liwat pelajar

KOTA BHARU, 17 Mei - Seorang warden lelaki sebuah sekolah agama di Tanah Merah, Kelantan ditahan hari ini bagi membantu siastan berhubung kes liwat seorang pelajar lelaki tingkatan dua sekolah tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun suspek berusia 30-an itu ditahan awal pagi tadi setelah pihaknya menerima laporan daripada mangsa semalam.

Katanya berdasarkan laporan mangsa berusia 13 tahun 6 bulan itu, perbuatan terbabit dipercayai telah bermula sejak tahun 2018 namun terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis sebaik memaklumkan kepada keluarga.

Bagaimanapun, menurut beliau pihaknya masih lagi membuat siasatan lanjut mengenai kekerapan mangsa diliwat dan lokasi kejadian.

Hasil siasatan suspek yang juga merupakan seorang guru itu tiada rekod lampau dan akan direman hari ini bagi siasatan lanjut.

(FOTO HIASAN)

"Kejadian ini dikatakan telah bermula sejak tahun 2018 bermakna, ketika umur dia masih lagi muda 2018, kalau dikatakan sejak 2018 saya percaya mangsa tidak dapat mengingati berapa kali secara terperinci tetapi lebih daripada sekali lah," kata Muhammad Zaki.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zaki berkata mangsa telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan dan 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Media Baharu