fb fb fb fb fb

Shanghai isytihar berjaya capai COVID Sifar

(China meletakkan Shanghai di bawah sekatan berat pada awal April/AFP)

SHANGHAI, 17 Mei - Shanghai mengisytiharkan kejayaan mencapai COVID Sifar di semua daerahnya, mencetuskan cemuhan di media sosial ketika berjuta-juta di bandar terbesar China itu masih dikurung.

Berdepan wabak terburuk sejak permulaan pandemik, China ; ekonomi utama terakhir yang masih ditutup kepada dunia, meletakkan bandar berpenduduk 25 juta itu bawah sekatan ketat pada awal April.

"Semua 16 daerah Shanghai telah mencapai COVID Sifar di peringkat komuniti," kata pegawai Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan kepada pemberita.

"Ini bermakna tiada satu pun daripada lebih 1,000 jangkitan baharu yang direkodkan pada hari Selasa dikesan di luar kawasan kuarantin," kata pihak berkuasa bandar.

(Penduduk 25 juta penduduk di  Shanghai  diletakkan di bawah sekatan ketat pada awal April/AP)

Ahad lepas, Naib Datuk Bandar Chen Tong berkata bahawa bandar itu akan membuka semula perniagaan secara beransur-ansur mulai minggu ini, tanpa memberikan butiran khusus.

Namun, berjuta-juta penduduk di Shanghai masih tidak dapat meninggalkan kawasan kediaman mereka.

Lebih 3.8 juta orang secara rasmi masih berada bawah perintah berkurung yang paling ketat di bandar itu. -AFP

Media Baharu