fb fb fb fb fb

Waqf ETF pertama di dunia, akan disenarai dalam Bursa Malaysia

Dr. Ridzwan Bakar

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menjalinkan kerjasama dengan Eq8 Capital Sdn. Bhd untuk menerbitkan Exchange Traded Fund berciri wakaf (Waqf ETF) yang pertama di dunia. 

Ketua Pegawai Eksekutif YWM Dr. Ridzwan Bakar berkata, Waqf ETF merupakan produk pelaburan Dana Unit Amanah Islamik dan yayasan itu berperanan sebagai Pengurus Wakaf.  

"Membangunkan bukan sekadar produk itu sendiri tetapi akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam aspek pelaburan dan juga pasaran modal, pasaran kilat kerana produk-produk ini di luar berbentuk konvensional ataupun tidak bersifat wakaf.

"Jadi hasrat kita dengan berjayanya produk ini, maka ratusan juta Ringgit Malaysia (RM) akan bertapak di Malaysia. Bagi sesiapa yang melabur dalam produk ini, hasil keuntungan, 50 peratus akan dikembalikan sebagai dividen kepada pelabur.

"... dan 50 peratus lagi akan digunakan untuk pembangunan Malaysia khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan juga keselamatan makanan," katanya kepada pemberita dalam majlis pengumuman kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia  dan Eq8 Capital Sdn Bhd bagi tujuan penerbitan Waqf ETF, di ibu negara.

Sebagai Pengurus Wakaf, setiap dana wakaf yang diterima oleh YWM akan diagihkan kepada pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, sekuritimakanan, tenaga hijau dan lain-lain, bagi membolehkan manfaatnya dinikmati lebih ramai masyarakat secara holistik. 

Menurut Ridzwan lagi, Waqf ETF dijangka akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI