fb fb fb fb fb

Wanita warga asing jatuh dari tingkat lima pusat beli belah

SIBU, 21 November- Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli belah, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili ketika mengesahkan perkara tersebut berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 2.08 petang.

Pasukan Siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai bangunan tersebut.

Hasil semakan, mangsa merupakan warga asing yang berusia lingkungan 40-an.


(Foto: Sibu Sarawak Page)

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang menimbulkan spekulasi berkaitan kes tersebut.

Mereka yang mempunyai masalah tekanan emosi, kesunyian atau terfikir ingin membunuh diri boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Befrienders Kuching di talian 082-242800.

Media Baharu