fb fb fb fb fb

Ujian percubaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 bermula esok

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 November- Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pihak kontraktor akan melaksanakan ujian percubaan akhir operasi transit aliran massa; MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua.

Sesi ujian itu akan bermula esok hingga 18 Disember ini, merupakan prasyarat yang ditetapkan bagi mengukur dan menguji keberkesanan sistem, sebelum Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memberi kelulusan pengoperasian penuh laluan itu.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan, sesi tersebut melibatkan operasi tren ujian dari stesen Putrajaya Sentral hingga stesen Kwasa Damansara.

Tren-tren ujian akan berhenti di semua stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu dan tidak akan mengambil penumpang.

Ketika sesi ujian percubaan akhir operasi itu dijalankan kekerapan operasi tren juga akan berubah kepada lapan minit di waktu puncak pagi serta petang dan 12 minit di luar waktu puncak sepanjang tempoh ujian tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585 atau melayari media sosial Rapid KL bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

(Tangkap layar info myrapid)

Media Baharu