fb fb fb fb fb

Saarani Mohamad angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-15

(Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15)

KUALA KANGSAR, 21 November- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 pada pukul 5.40 petang tadi di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat berlangsung di Balai Istiadat Kecil Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Beliau menerima watikah daripada Sultan Perak dan kemudian menandatangani surat pelantikan itu, disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Sultan Nazrin berkenan melantik Saarani sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Kerjasama dua gabungan itu memperoleh sokongan 33 ADUN sekaligus melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada istiadat itu, turut kelihatan Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming dan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

(Saarani Mohamad menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah)

Media Baharu