fb fb fb fb fb

Rumah pangsa dalam pembinaan terbakar, punca masih disiasat

KUCHING, 21 November- Satu kebakaran dilaporkan membabitkan bangunan rumah pangsa di Jalan Tabuan Dayak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), panggilan diterima pada pukul 10.33 pagi tadi.

Kebakaran itu berlaku di bilik pam tingkat 12 dan memusnahkan keseluruhan bilik berkenaan.


(Kebakaran berlaku di bilik pam tingkat 12)

Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Petra Jaya diarahkan ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada pukul 12:55 tengah hari.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Media Baharu