fb fb fb fb fb

Jangan timbul situasi ancam keselamatan, ketenteraman awam di media sosial

KUALA LUMPUR, 21 November- Orang ramai diingatkan supaya tidak menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan hantaran di media sosial yang menyentuh sentimen perkauman dan keagamaan serta menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan.

“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam," katanya menerusi kenyataan.

(Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara)

Tambah beliau, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Media Baharu