fb fb fb fb fb

Wanita rugi RM5,000, terpedaya taktik penyamaran pegawai polis palsu

KULIM, 20 Disember- Taktik tiga individu menyamar sebagai pegawai kanan polis memperdaya seorang wanita hingga menyebabkan kerugian RM5,000, terbongkar.

Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita menawarkan diri membantu untuk melepaskan suami mangsa yang ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Namun, ketiga-tiga suspek akhirnya ditahan setelah mangsa membuat laporan polis apabila menyedari ditipu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh menerusi kenyataan berkata suami mangsa ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Pada 11 Disember lalu, mangsa memaklumkan dihubungi seorang lelaki dan menuntut untuk melakukan transaksi pembayaran ke dalam satu akaun bank sebagai syarat bantuan.

Susulan laporan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan.

Hasil serbuan pasukan daripada Jabatan Sisatan Jenayah Komersial (JSJK) Kulim, kesemua suspek berusia 24 hingga 44 tahun itu ditahan bersama barangan rampasan.

Antaranya, tujuh unit telefon bimbit, tiga keping kad ATM serta kertas catatan maklumat tahanan lokap berserta nombor mangsa di sekitar kawasan Kajang, Selangor dan Brickfields, Kuala Lumpur.

Salah seorang yang ditahan merupakan perancang utama dan mempunyai 46 rekod jenayah lampau.

Ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bermula semalam.


(Telefon pintar dan kad bank antara yang dirampas pihak polis)

Media Baharu