fb fb fb fb fb

PM10: Mahmoud Abbas zahir ucapan tahniah kepada Anwar

(Tangkap layar FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menerusi panggilan telefon hari ini, atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Anwar berkongsi perkara itu di laman sosialnya dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk sentiasa bersama Palestin bagi memperjuangkan kebebasannya dari cengkaman Zionis Israel, selain bersedia untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.

"Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

"Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel," jelasnya.

Tambah Anwar, Malaysia akan terus teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin.

"Bawah pentadbiran saya, Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin," jelasnya.

 (Tangkap layar FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu