fb fb fb fb fb

Festival Kesenian Islam & Program Dakwah Negara 2025 semarak seni dan dakwah di Terengganu

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan (tiga dari kanan) merasmikan Festival Kesenian Islam dan Program Dakwah Negara 2025 di Marang, Terengganu / Foto RTM

MARANG, 21 November – Festival Kesenian Islam dan Program Dakwah Negara 2025 kembali berlangsung di Terengganu dengan tema “Menyubur Mahabbah Melalui Seni dan Dakwah” bermula Jumaat (20 November) hingga Ahad (22 November).

Berlangsung di Dewan Kompleks PERKASA, Asrama Darul Falah Bukit Payong, festival berkenaan menampilkan 11 acara pertandingan dan melibatkan lebih 900 peserta terdiri para pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi serta belia.

Festival tersebut juga bertujuan mencungkil bakat, memupuk kreativiti, serta membina keyakinan diri peserta dalam seni budaya dakwah Islam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Selain pertandingan, festival turut menampilkan Forum Ehwal Islam sebagai salah satu aktiviti sokongan bagi memupuk pemahaman keagamaan dalam kalangan peserta dan pengunjung.

Acara tersebut dianjurkan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama YADIM, PERKASA dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

EMMI NORALIZA ADNAN