fb fb fb fb fb

Pelan damai AS 'baik' untuk Rusia, Ukraine - White House

Foto AFP

KYIV, 21 November - Ukraine bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi merangka pelan damai untuk menamatkan perang dengan Rusia, sehari selepas Washington secara rasmi mengemukakan draf pelan kepada Presiden Volodymyr Zelensky.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran cadangan itu.

Namun, menurut maklumat yang diberikan kepada AFP oleh satu sumber menyatakan bahawa ia mengulangi banyak tuntutan agar Moscow menamatkan perang.

Pejabat Zelensky pula memaklumkan, beliau menjangkakan akan bertemu dengan Trump bagi membincangkan perincian pelan itu dalam beberapa hari lagi.

Di Washington, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memberitahu, pelan damai yang disokong oleh Presiden Donald Trump tersebut adalah baik buat kedua-duanya iaitu Ukraine dan Rusia.

"Ia masih berjalan dan dalam proses pindaan, tetapi presiden menyokong pelan ini. Ia adalah pelan yang baik untuk kedua-dua Rusia dan Ukraine, dan kami percaya ia sepatutnya boleh diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Leavitt, dalam satu taklimat media. -AFP

EMMI NORALIZA ADNAN