fb fb fb fb fb

Pasukan khas digerak ke luar kawasan bagi mengesan 9 mangsa lain

BATANG KALI, 19 Disember- Satu pasukan khas terdiri daripada tujuh anggota akan digerak ke luar kawasan kejadian tanah runtuh di Batang Kali bagi mengesan sembilan mangsa lain bermula hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan 24 jam namun tertakluk kepada keadaan cuaca.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Nor.

"Selepas hasil usaha kita sehingga empat hari, masih belum menunjukkan petanda yang sembilan orang ini, apa yang kita telah buat adalah kita gerakkan satu pasukan 'Sweeper'.

"Sweeper ini maksudnya mereka akan mencari di kawasan selain 'ground zero' itu seperti aliran sungai dan kawasan sekitar untuk memastikan keberadaan mangsa di sekitar kawasan ini."

Sebelum ini anggota pasukan penyelamat menumpukan kepada misi mencari dan menyelamat (SAR) di dua daripada tiga sektor kawasan tapak perkhemahan terbabit kejadian tanah runtuh.

Dua sektor berkenaan membabitkan Sektor A (Hilltop), Sektor B (Farmview) dan Sektor C (Riverside).

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan kepada media setakat pukul 9.00 malam, belum ada petanda positif berkenaan sembilan orang mangsa yang masih hilang dalam tragedi Batang Kali.

(Lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali)

Media Baharu